Tentang DAWANITY

Empty space, drag to resize

DAWANITY dibangunkan sebagai satu platform aplikasi e-pembelajaran lengkap supaya masyarakat majmuk di Malaysia dapat hidup secara harmoni, saling mengenali dan hormat - menghormati antara satu sama lain. 

DAWANITY diusahakan oleh Global UNITY Network (UNITY) untuk membawa ilmu dakwah dan pemahaman tentang Islam kepada lebih ramai orang melalui platform pembelajaran online. Kami percaya bahawa dengan pengetahuan yang tepat, kita dapat mengurangkan salah tanggapan, prasangka dan prejudis sesama kita. 

Aplikasi ini bermula dengan 2 kursus asas iaitu; Kursus Dakwah Harmoni & Kit Islam 101


Kursus Dakwah Harmoni disusun untuk memberi pendedahan kepada orang Islam untuk menyantuni serta berinteraksi dengan orang-orang bukan Islam, dengan mempelajari asas kepercayaan serta pantang larang pelbagai agama bukan Islam.

Kit Islam 101 pula disusun untuk orang bukan Islam mempelajari asas, pantang-larang dalam agama Islam disamping mendapatkan jawaban kepada soalan-soalan lazim terhadap Islam, agar semua lapisan masyarakat dapat hidup dalam suasana muhibbah. 

Kami percaya bahawa melalui pembelajaran yang mudah diakses, terbuka dan mesra, akan membantu membina jambatan antara komuniti Muslim dan bukan Muslim, justeru menghasilkan persekitaran yang lebih inklusif dan berpengetahuan.

InshaAllah (dengan izin Tuhan) kami akan terus berusaha untuk mengembangkan dan meningkatkan platform kami dengan menambahkan modul-modul baru yang relevan dan berguna bagi pelbagai keperluan pengguna kami.

Galeri

Write your awesome label here.
Write your awesome label here.
Write your awesome label here.
Statistik sehingga MEI 2024

25+

Purata Pelajar Aktif Sebulan

500+

Pelajar Berdaftar

4

Rakan Strategik

Potensi Anda

Bersinergi dengan kami?

Kita harus bekerjasama dalam usaha murni ini.
Sekiranya anda ada idea sinergi yang boleh diusahakan bersama dengan DAWANITY, maklumkan kepada kami !