Sokongan Anda Diperlukan!


Terima kasih kerana berminat untuk menyumbang.
Segala sumbangan anda akan disalurkan kepada NGO Global UNITY Network, yang merupakan pembangun bagi platform DAWANITY ini 

Siapa Global UNITY Network?

Global UNITY Network (UNITY) merupakan pembangun bagi platform DAWANITY ini dan merupakan sebuah NGO-i yang berdaftar dengan ROS (NOMBOR ROS) pada tahun 2015. Kami berdedikasi untuk memastikan rakyat Malaysia dari semua latar agama dapat menghormati dan belajar antara satu sama lain. Impian kami adalah menjadi jambatan antara orang ramai dan menjadikan perbezaan dan persamaan yang kita ada sebagai sesuatu yang kita semua raikan.

Di dalam negara yang majmuk, kadangkala terasa agak berpecah belah, namun perpaduan pelbagai agama dan kaum adalah bagaikan satu cahaya harapan yang terang malah di inginkan oleh hampir semua rakyat Malaysia. Dengan membawa kepada lebih banyak penerangan dan pertemuan, kita dapat menjadikan Malaysia sebagai tempat yang lebih aman, adil, dan damai.

Apa yang akan dilakukan dengan sumbangan anda?

Sokongan anda akan membantu kami meneruskan kerja-kerja menyebarkan perpaduan, penghormatan, dan persefahaman. UNITY melakukan pelbagai aktiviti menarik termasuk:


Dialog Antara Agama: Kami bawa orang-orang yang mempunyai ‘influence’ berada dibawah satu pentas untuk bersembang dan berkongsi pendapat. Semua dilakukan dalam keadaan aman dan penuh hormat.

Kelas Penerangan Percuma: Seperti yang kami bawa di dalam Dawanity, kami juga lakukan kelas dan kursus diluar secara fizikal secara berkala, dan ia termasuklah Kursus Dakwah Harmoni dan Kit Islam101.

Penerangan Di Jalanan: Kami turun di tempat-tempat tumpuan, membuka ruang kepada semua sukarelawan kami untuk bersembang dan berbincang bersama masyarakat umum. Bagaikan satu latihan untuk bina persahabatan!

Dan Banyak Lagi!


Write your awesome label here.
Write your awesome label here.
Write your awesome label here.
Write your awesome label here.
Write your awesome label here.
Write your awesome label here.
Write your awesome label here.
Write your awesome label here.

Sumbang kepada UNITY